



Kelmarin keluar lagi...terima kasih kat semua budak-budak coursemate aku yang sporting untuk keluar sama-sama....nampaknya setiap kali aku keluar hari jumaat mesti hujan...hujan rahmat ^___^ alhamdulillah.
Time kat Kuala Lumpur sempat juga lalu kat depan PENJARA PUDU...seram n gerun juga lalu kat depan tu...siapa x kenal dengan penjara pudu...banyak sejarah hitam yang disimpan oleh penjara pudu mahupun bekas tahanan. Pasti jeritan bekas tahanan masih terngiang-ngiang di telinga mereka yang pernah bekerja dalam penjara pudu...apa2 pun semua tu tinggal sejarah...kukuhnya bangunan penjara pudu di tengah-tengah kota metropolitan menarik lebih ramai pelancong.
Destinasi seterusnya BERJAYA TIME SQUARE...bangunan n namanya pasti membuat anda berfikir tempat ni menjual banyak barangan branded tapi bila kaki melangkah masuk nampaknya jangkaan kami meleset...masuk paras 1 terus mata tertarik kat kedai kasut...akhirnya ada juga member membuang duit kat kedai kasut tu...kakakaka (pompuan n shopping x blh dipisahkan bagaikan irama dan lagu).
Tempat shopping ni memang best...baju semua murah-murah dan banyak pilihan...fesyen of course update semuanya...memang tempat ni majoriti pembelinya adalah anak-anak muda berbangsa cina...apa xnyeee...kebanyakan fesyen more to japanese n hong kong style...sangat best shopping kat...majoriti semua coursemate aku tertarik maka bermula proses membuang duit...
Sampai x sedar kitaorng dah ada kat shopping complex ni hampir 6 jam kot...(any objection) ^___^ akhirnya kami semua atur langkah untuk pulang...hari yang betul2 puas hati ^___^

0 comments:
Post a Comment