Hari ini seperti biasa kelas bermula 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Waktu kemuncak untuk perut semua mahasiswa meronta-ronta untuk diisi dengan makanan. Cuaca yang sangat panas di luar makmal komputer pasti tidak dirasai oleh kami yang duduk dalam bilik berhawa dingin.
Kelas tekanan hari ini menyentuh tentang BURNT OUT. Fahamkah anda apa itu BURNT OUT?? Siapa dia?? Dimana berlaku?? Kenapa perlu mengetahuinya?? Satu istilah yang perlu ditelan dan difahami dalam waktu-waktu kemuncak. BURNT OUT satu peringkat melepasi tahap STRESS. Siapa yang tidak pernah mengalami STRESS. Namun berapa ramai yang akan mencapai tahap BURNT OUT ??. Tahap ini akan dialami oleh setiap manusia apabila tidak dapat mengatasi sesuatu masalah sehingga membawa kepada tekanan dan seterusnya mencapai tahap BURNT OUT.
Alhamdulillah setelah 2 jam mendengar hujah daripada pensyarah tentang BURNT OUT akhirnya aku dapat memahami istilah berkenaan dan ini memudahkan untuk mengaitkan dengan artikel yang telah siap diterjemahkan bagi tugasan pertama kelas TEKANAN.
Waktu tengah hari diisi dengan meredakan perut yang sejak dari tadi asyik menyanyi. Malas balik kolej akhirnya ambil keputusan lepak di surau sehingga pukul 4 petang.
Kelas kewarganegaraan pukul 4 hingga 6 petang akhirnya diambil alih oleh tuan haji zarin. Alhamdulillah kelas tidak membosankan dan penyampaian berfalsafah pasti tidak menutupkan mata dengan cara penyampaian tuan haji.
Falsafah ??? pasti ramai yang akan tertidur bila mendengar falsafah. Satu istilah dan maksud langsung tidak boleh diterima akal apatah lagi diwaktu petang yang dingin dek kerana hujan lebat. Namun, tuan haji yang pakar falsafah bijak mengatasi masalah mahasiswa tertidur dalam kelas falsash. Banyak sungguh ilmu yang otak terima petang ini. Cukup untuk dijadikan panduan dan santapan minda tentang falsafah barat yang begitu meminggirkan soal ketuhanan. Nilai dan Akhlak manusia sudah menjadi perkara tidak penting dalam kehidupan manusia hari ini. Fahaman yang dibawa oleh setiap ahli falsafah berbeza-beza pendapat. Kohlberg...Piaget...hanya sebilagan kecil philosophy yang mempunyai falsafah yang dipegang oleh seantero dunia namun banyak kepincangan dalam falsafah yang dikemukakan.
Dua perkara yang dipelajar malah mungkin tidak difahami oleh kita iaitu BURNT OUT dan FALSAFAH. Namun kefahaman ini dapat difahami oleh kita jika proses ilmu itu sentiasa berlangsung.
Satu ayat yang menjadi tarikan sewaktu kuliah kewarganegaraan dan sering ditekankan oleh tuan haji iaitu :
~~~SESUATU YANG MEMPUNYAI NILAI SEBENARNYA TIDAK MEMPUNYAI NILAI, SEBALIKNYA
SESUATU YANG TIDAK ADA NILAINYA ADALAH SESUATU YANG SANGAT BERNILAI ~~
04 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment