24 May 2009

Aku Dalam Kesibukan....


Assalamualaikum...
ari nie jengguk blog kesayangan....ehehe.
2 minggu yang begitu sibuk....aku sibuk menyiapkan rancangan pengajaran harian dan alat bantu mengajar....ditambah pula laporan praktikal yang perlu disiapkan untuk universitas pendidikan indonesia....byk keje aku....uhuhuh.

minggu nie aku akan mengalami fasa terakhir dalam menonjolkan diri sebagai guru di bumi bandung....setelah 5 penampilan aku dinilai oleh guru pamongku akhirnya aku akan dinilai oleh dr. manisah....takutnyeee....tp bukan dr sorang yang menilai ak tp siap 4 orang akan duk d belakang aku akn menilai.....


aku dalam angkot...tgh menyiapkan rpp...:)


15 May 2009

salam dr seberang.....

Assalamualaikum....lamanye x jenguk blog....rindu sgt2....dh seminggu aku di kota PARIS VAN JAVA...seminggu yang paling mendebarkan...aku melalui proses orientasi...hari selasa aku lalui saat getir...1st time aku perlu pulang ke UPI dengan menaiki angkot secara bersendirian...dengan ragam orang yang bermacam-macam aku terpaksa sabar....seawal 6.30 pagi waktu bandung aku perlu bertolak dari asrama ke sekolah dengan menaiki angkot 3000rp nilainya sama dgn rm1 malaysia.

Banyak betul pengalaman yang aku terpaksa tempuhi di kota bandung ini. Semalam aku telah pergi ke sebuah daerah yang kecil, miskin malah persekitaran di kawasan tu sungguh menyayat hati. Aku telah mengikuti mahasiswi UPI yang menjadi sukarelawan mengajar anak-anak jalanan yang tidak mempunyai rumah dan ibu bapa...sedih sungguh. Aku bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang begitu selesa. Anak-anak jalanan ini semuanya menghisap gam...belanja sehari-harian mereka diperolehi dengan menjadi pemuzik jalanan di tengah2 kota raya Bandung...sungguh meruntun jiwa seorang manusia.

Aku begitu senang sekali berada di sekolah...guru-gurunya begitu mesra. Tapi samapi sahaja aku di sekolah pasti sahaja aku akan disoal dengan perkembangan manohara...eheheh. Pasti aja rakyat malaysia tahu pasal manohara kan???? hari ini aku kena siapkan draf RPH utk disemak oleh guru pembimbing aku esok...kalau sahabat2ku di malaysia praktikal 5 hari seminggu aku plak 6 hari seminggu. Aku akan dinilai sebanyak 16 kali....fuhhhhh. Di Malaysia hanya 3 kali je pensyarah akan nilai...betapa bezanya Sistem Pendidikan Malaysia dan Indonesia.

Apa2pun insyaALLAH akan aku ceritakan lagi pengalaman aku praktikal di negara seberang. ASSALAMUALAIKUM.

08 May 2009





gud luck frenz....



kupu-kupu tersesat kat blik ak....


frenz 4ever



Jumpa lagi UKM ....~

Hari ini aku akan bertolak ke bandung untuk menjalani praktikal mengajar di sekolah tuna rungu selama 5 minggu.....selepas itu akan sambung praktikal kembali di SMK Sultan Abdul Samad, Klang. Alhamdulillah semua daha selesai, hanya tinggal untuk pergi je...insyaALLAH semua akan berjalan lancar...AMIN

Kepada semua pelajar2 tahun 3 UKM fakulti pendidikan SELAMAT MENJALANI PRAKTIKAL...jd cikgu terbaik. Bagi pendidikan khas...ngajar baik2 tau..gahkan nm UKM sebagai pelopor pendidikan khas pertama di Malaysia. Mari kita mengajar dan mendidik anak-anak khas dengan penuh keikhlasan. Bela nasib mereka....cewah ayt ak mcm skema giler...ehehe.

Kepada kengkawan aku yg sekarang nie tgh menunggu konvo...sabar yer...duk uma tue jgn plak tambahkan lemak...ahahahah. Jumpa lg korang time pesta konvokesyen. MISS U OL......kpd kengkawan yg nak kahwin tue selamat pengatin baru...semoga berkekalan sehingga ke akhirat...AMIN. Thanks kpd sarah (coursemate ak) ats menjemput ak ke walimatulurus sarah...maaf sbb x dpt dtg...teng masih di bandung bergelut dgn praktikal...insyaALLAH ada rezeki jumpa sem dpn. Kpd kengkawan yg nak bertunang tue jgn lpa ak plak....ehehehe

Apa2pun semoga berjaya sume...asma jgn lpa praktikal kat angkasapuri tue keje bek...jgn asyik ngumpat je...ahahhaa. St lgi semoga jumpa jodoh kat RTM tue...ehehehe. Nie utk adeq plak...isnin nie jd cikgu molek2...jgn bekeng...nanti pljr bw lari kasut BALALALACA ko....ahahahah. Kpd zie n fizah...ngajar bek2 kim slm kat en safani...cuaknyee ak dgn bhs isyarat....uhuhuhu. Jumpa korang bln 6 nie...jgn kunci uma sewa tue nnti ak tdo kat luar plak...ahahaah..


assalamualaikum....

:: renungan ::

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

:: Buku yang paling istimewa ::


Siapa yang tidak mengenali penulis buku Seindah Mawar Berduri dan Tautan Hati, Fatimah Syarha kini telah menghasilkan lagi satu karya yang berunsurkan islamic di mana buku hasil idea beliau ini mempunyai sentuhan yang unik dan islamic....amat berbeza dengan buku-buku lain yang berada di pasaran.


Buku ni bukan sahaja bercerita mengenai cinta yang praktikal malah ada diselitkan tentang pelaksanaan ke arah baitul muslim(keluarga muslim), sedikit tentang isu jihad dan rentetan sejarah Palestin serta ada diselitkan senarai tentang cara untuk menunjukkan sokongan terhadap mereka yang berjuang di bumi Palestin. Buku yang bukan hanya bermadah indah namun sarat dengan info dan panduan berdasarkan Sunnah Nabawiyyah.

Setiap helaian dan setiap kata punya makna dan signifikannya kerana saya merasakan tulisan ini terbit dari hati dan jiwa yang murni. Ibarat menulis diari. Tulisan yang terbit dari hati. Keikhlasan menulis itu akan dapat dirasai oleh orang yang membacanya. Dari hati turun ke hati.

Bukunya tak tebal, tak nipis sangat. Sedang-sedang saja. Saya kira 'pelaburan' yang anda lakuka untuk membaca buku ini tidak akan sia-si. Pelaburan itu pasti berbaloi malah akan mengobarkan semangat untuk melangkah berjuang menegakkan syariat Allah dalam diri.

Bagi mereka yang sibuk, ambillah masa untuk membacanya juga. Tidak lama. Pengalaman saya, masa yang diambil untuk menghabiskan bacaan hanyalah satu jam lebih sahaja. Oleh itu, saya sarankan kepada anda sekalian, tidak rugi memperuntukkan masa untuk membaca kerana manfaatnya terlalu besar.

Buku ni, sememangnya 'highly recommended' bagi mereka yang nak bahagia bila berumah tangga nanti atas dasar syariat dan bukan maksiat, bagi mereka yang pernah dilamar dan melamar, atau mungkin bakal dilamar dan melamar, bagi mereka yang pernah bercouple, sedang bercouple dan mereka-mereka yang 'frust' bercinta juga bagi mereka yang belum pernah bercinta dan sedang mencari-cari cinta seolah lelaki sebagai teman hidup menuju redha Ilahi.

Bagi para lelaki yang mahu menyunting sekuntum mawar yang mekar berduri, bijaklah mengatur langkah. Aturkan langkahmu dengan teliti dan berhati-hati. Kisah dalam buku ini, saya yakin dan percaya bukan idealistik semata, namun ia boleh menjadi realiti andai kita memilih untuk merealisasikannya - iaitu menghidupkan As-sunnah.

Secara kritikalnya, tidak dinafikan ada terdetik di hati saya, kisah ini ‘terlalu sempurna’. Masih wujud lagikah golongan seperti ini pada zaman moden ini? Namun, cerita ini mungkin jauh dari dunia realiti yang kita lihat hari ini. Tapi andai dapat kita sematkan dalam diri prinsip mengejar keredhaan Ilahi sebagai pasak dan tunjang dalam diri, hidup hanya berdasarkan syariat yang benar bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dilakukan. Tinggal lagi antara kita nak atau tak.

Teringat akan hadis Rasulullah s.a.w. yang mengatakan bahawa kehidupan islam itu pada satu masa akan menjadi asing sekali berbanding kelompok manusia yang lain.

Banyak iktibar dan mutiara pengajaran yang dapat diambil sebagai pedoman dalam meniti arus kehidupan ini lebih-lebih lagi sebagi seorang remaja kerana ujian di usia remaja ini sememangnya mencabar iman dan taqwa. Gemilangnya sesuatu ummah itu ialah apabila para pemudanya termasuk remaja mempunyai susuk peribadi yang mantap dan mapan. Nafsu yang dikawal ketat dengan iman dan taqwa maka kebinasaan dapat dihindari. Selaku seorang muslimah, yang juga sedang meniti alam remaja, tidak dinafikan ujian 'cinta' sememangnya ujian yang sinonim pada kebanyakan remaja. Berapa ramai yang mampu mempertahankan sebuah prinsip demi Allah dan Rasul? Sama-sama kita renung kembali jauh ke dalam diri. Moga ada perubahan yang dapat kita lakukan dalam hidup setelah membaca buku ini.

Sumber : www.iluvislam.com

07 May 2009

Pulangnya Sahabatku....




sedihnyeee...
ari ni sgt sedih...ramai dh teman seperjuanganku akan berangkat pulang ke kampung halaman mulai hari ini. Tak tau bla lg nak jmpa dgn mrk nie....maybe konvo nanti kot...fuhhhh lamanyeeee.....

Rasa xde mood je...semua bakal meninggalkan bumi UKM yg tercinta...pulangnya sahabat membawa pelbagai memori n kenangan yang indah....hanya ak n coursemate ak yg ambk koz 4 thn je masih kekal d bumi UKM...YA ALLAH kukuhkan tali persaudaraan kami dan sahabat-sahabatku yang akan meninggalkan bumi UKM ni....AMIN.

06 May 2009

Masjid India...

asslamualaikum...

Hari nie letih sgt2...seharian berjalan di Jalan Tunku Abdul Rahman sbbnya nak beli barang-barang keperluan untuk praktikal nanti. Banyak juga wang ak belanjakan hari ini...tp xpe sebab barangan yang aku beli adalah souvenir untuk sekolah tempat ak praktikal nanti...

Sudah menjadi adat kita...kalau nak datang ke rumah orang tue jgn lpa bw buah tangan....Pensyarah pun dh pesan siap2 nanti dh sampai bandung jgn lpa bg cenderamata malaysia dgn guru dan sekolah sana...buat kenang2an katanya...eheheh. Walaupun souvenir yg aku beli x la mahal sgt tp hati aku ikhlas utk bagi kat sekolah di bandung....cuma ak x tau nak beli brp bnyk souvenir tue...pening jg ak...tp nsib bek ada adeq n yatie...thnx ya adeq n yatie sbb bg idea...ehehehe.

05 May 2009

::: PRAKTIKAL :::





Sambungan ~


uhuhuhu...
praktikal...praktikal...praktikal
hari ini busy dengan taklimat terakhir praktikal...
banyak sangat persiapan yang perlu dibuat....ntah npe rasa sedih semacam je..
sekarang dh ramai member balik kampung especially member yang dh final year....
sedih rasanya sbb semua member dh berjaya menamatkn pengajian selama 3 tahun....

setakat hari ini...semua buku dah dikemaskan dan dibahagikan
antara buku yang nak msk stor..nak d bw ke tmpt praktikal...hbs semua dh d settlekan.
Tempat ak praktikal kali ini berbeza dengan sahabat-sahabat lain...mn tidaknya aku akan praktikal di Indonesia...perasaan??? jgn ditanya...bercampur2 macam rojak dah...eheheh. Biasalh tu klo kat nak pergi tempat orang mcm2 perasaan je yang ada....
tp insyaALLAH ak akn berusaha menjalani praktikal di negara orang dengan sebaik mungkin...
segala maklumat pendidikan di Indonesia akan sy kongsikan kepada sahabat...insyaALLAH








04 May 2009

~....alhamdulillah...kedukaan~

Alhamdulillah...itu ungkapan yg boleh diungkapkan...nak ckp len x tau plak...
just bersyukur kpd ALLAH akhirnya exam aku utk semester 6 pun berakhir tepat jam 6 petang...riangnya rasa hati....eheheh. Kepada kengkawan yang masih bergelut dengan buku...teruskan usaha anda. Semester ini aku hanya mengambil 5 subjek je tapi rasa mcm 10 subjek...eheheh perkara biasa tue....

Hari ini suasana mendung je...ntah la nape walaupun cuaca panas terik. Selepas aku menunaikan solat isyak tiba2 aku dapat panggilan telefon seorang wanita. Suaranya tersekat2 dan ada rasa hiba yang dpt ak rasakn...rupa2nya isteri kepada kawan ayah aku telah menyampaikan berita yang menyedihkan. Suami kepada wanita itu ataupun kawan kepada ayah ak telah pergi menyahut seruan ILLAHI petang tadi...AL FATIHAH kpd allaharyam pakcik borhan...semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...AMIN.

01 May 2009

madrasah di bukit kuda...

assalamualaikum...
lama juga x tulis something kat blog nie...kdg2 rindu juga dengan blog....maaflah baru hari ini dapat idea nak tulis apa kat blog....ntah apa2 la ak nie....blog satu lagi maklumat x di upload2 smpi skrg.
Maaf sekali lagi, sibuk memanjang dek kerana minggu peperiksaan. InsyaALLAH jika diizinkan akan saya upload maklumat-maklumat penting mengenai pendidikan khas.

ermmm...
kenapa dengan madrasah di Bukit Kuda??
ada apa dengan madrasah di Bukit Kuda??

Hari ini seharian pergi tengok rumah sewa kat Klang...Alhamdulillah akhirnya ALLAH mempermudahkan urusan kami...rumah sewa yang murah dan dekat dengan sekolah akhirnya telah kami dapat...alangkah gembiranya rasa hati. Khamis ini dah start masuk utk kemaskan rumah tue dan angkut barang2 yang berkaitan. YA ALLAH betapa aku bersyukur padaMU...alhamdulillah rumah yang kami duduki tue adalah bekas madrasah, namun madrasah tersebut telah dipindahkan di kawasan Klang juga tapi x tau area mn...Tuan rumah yang jg seorang uztaz amat baik dan sedia membantu kami jika ada masalah. YA ALLAH sekali lagi aku bersyukur padaMU..begitu besar nikmat yang ENGKAU berikan kepada hambaMU ini...

Memang hari ini amat meletihkan, memandangkan minggu depan adalah minggu terakhir kami peperiksaan dan selepas itu akan menjalani praktikal selama 8 minggu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad..sekolah ni sekolah integrasi dengan masalah pendengaran. Tapi berlainan dengan aku sebab cabaran untuk aku praktikal kali ini amat berbeza dengan rakan-rakan lain....

kenapa aku berbeza dengan rakan seperjuanganku???
Apa yang membezakan kami??



bersambung.....~