25 April 2009

Sisa perjuangan....

Align Center

EXAM!!!....fuhhhh....baru hari ini berkesempatan update blog walaupun sekarang ini exam week. Sementara menunggu paper seterusnya rabu ini,terasa nak tulis something mengenai sisa perjuanganku. Minggu ini alhamdulillah dah lepas 3 paper...aku start exam 21/4/09 sampai 4/5/09,begitulah sisa perjuanganku yang hanya menanti 2 paper sebelum aku menamatkan semester 6. Ermmm...selepas exam kena prepare untuk praktikal mengajar di sekolah....TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bersediakah aku nak mengajar ni.....
Bersediakah aku nak berdepan dengan suasana sekolah....
Sudah cukup kah ilmu pedagogi yang aku belajar selama 3 tahun...
Berapa banyak isyarat perkataan telah aku hafal...

Persoalan yang pasti timbul dalam setiap fikiran rakan seperjuanganku...hanya tinggal seminggu lebih lagi untuk aku mengaplikasikan semua ilmu yang dipelajari di bumi UKM....uhuhuuhhu.

Masa Berlalu Dengan Pantas...


Ermmm....begitu cepat masa berlalu. Sudah 3 tahun aku menuntut ilmu di bumi UKM. Hanya tinggal setahun lagi aku akan menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai mahasiswi di bumi UKM. Rasa sedih sebab hanya tinggal beberapa hari lagi ramai sahabatku yang akan meninggalkan UKM kerana menamatkan sesi pengajian mereka setelah bergelut dengan pelbagai cabaran, tugasan dan peperiksaan selama 3 tahun. Masa terus meninggalkan kami dengan langkah baru yang akan bakal menjengah kehidupan setiap manusia. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis sebagai syarat dalam mendapatkan segulung ijazah. Masa pantas berlalu meninggalkan kami semua yang terkapai-kapai mencari cahaya hidup dan meninggalkan seribu kenangan. Begitu banyak kenangan manis, pahit dan lucu bersama sahabat-sahabatku. Tidak lupa kepada mantan roomateku yang merupakan sahabat pertamaku di bumi UKM. Banyak kenangan yang aku lalui bersama mantan roomateku. Harap-harap dia dapat turunkan berat badan selepas konvo...ehehehe (sorry intan :p . Bersama-sama dengan asma, mas, yatie, najwa, ecah, ad (semua nie sahabat blok K6D)...banyak sangat kenangan especially time jamuan blok....uhuhuh. Banyak sangat benda yang aku belajar dari sahabat-sahabatku bermula dari bahasa dialek mereka sehinggalah aku berjaya makan makanan tradisional mereka especially budu...siap pergi bercuti di negeri orang lagi. Kepada adeq dan zie yang menjadi best friend aku sejak tahun satu lagi...terlalu banyak kenangan kita bersama. Hanya setahun lagi kita bersama untuk menempuh semester 7 dan 8...CHAIYOK!!!.

:: Perjuangan Diri dan Sahabat UKM ::


Petang ini saya mulakan dengan mengisi sedikit coretan perjuangan diri dan sahabat-sahabat yang sedang bergelut dengan EXAM & TESIS. Musim peperiksaan tiba lagi buat kali keenam bagi diri ini. Selamat berjuang kepada sahabat-sahabat yang menghadapi peperikasaan akhir semester....CHAIYOK!!!!....bagi kawan-kawan yang bergelut dengan tesis diharap bersabar dan teruskan perjuangan anda dalam menyiapkan tesis sebelum konvo. Setelah 3 tahun bergelut dengan tugasan, peperiksaan dan akhir sekali tesis...sahabat-sahabatku akan meningglakan bumi UKM tidak sampai sebulan lagi. Kini dunia baru bakal berhadapan dengan sahabat-sahabatku...mungkin ada sahabatku bakal menjadi wartawan,uztazah, pakar bioteknolgi dan ptd...insyaALAH akan saya doakan kejayaan kamu semua. Janji waktu konvo nanti tidak lupa nak belanja makan...eheheh. Bagi diri ini, perjuangan belum selesai kerana perlu melalui 2 semester lagi...maklumlah kalau mahu jadi cikgu kena lalui 8 semester.

24 April 2009

Permulaan Lembaran....


Salam kepada semua sahabat... Terima kasih sebab lawat blog saya yang tidak siap sepenuhnya lagi...permulaan tinta dalam pembinaan blog hanya untuk berkongsi maklumat mengenai dunia pendidikan khas khususnya dalam masalah pendengaran. Dalam blog ini, insyaALLAH akan saya muatkan maklumat pendidikan khas bermasalah pendengaran dan ilmu berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran sama ada di Malaysia mahupun seantero dunia. Saya juga akan muatkan mode-mode komunikasi kanak-kanak bermasala pendengaran. Tidak lupa juga akan saya muatkan segala catatan perjalanan hidup dalam menempuh kehidupan sebagai mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Diharapakan pembinaan blog ini memberikan manfaat kepada semua pihak yang inginkan maklumat terkini berkaitan isu-isu pendidikan khas khusunya bermasalah pendengaran. Terima Kasih.