05 June 2009

Gunung Halu...bersama anak jalanan Ciroyom

30-31 Mei....hari penuh istiqomah...aku dgn kak bie bersiap sedia nak ke gunung halu...sebuah tempat yang jauh di pedalaman Bandung, Jawa Barat. Tujuannya hanya satu untuk membantu memotivasikan anak-anak jalanan Ciroyom yang sekarang ni telah menjadi penghidu gam yg tegar...apalah nasib anak2 ciroyom nie...hidup bergelandangan, x bersekolah, kemiskinan yang amat, pakaian yg kotor, malah kawasan rumah mereka juga padat, kotor, busuk...hanya Tuhan saja yang MAHA MENGETAHUI...aku dan kak bie terpaksa berdikari sendiri menuju ke gunung halu walaupun kami x tahu d mana tempat tue...perjalanan dari universitas pendidikan indonesia ke ciroyom mengambil masa 45 minit...keadaan machet melambatkan lagi kami...masa perlu dikejar...kami perlu sampai di gunung halu sebelum lewat maghrib...sebabnya kawasan perkampungan akan senyap sunyi selepas waktu maghrib malah gelap gelita kerana tiada bekalan elektrik...

Alhamdulillah...perjalanan ke ciroyom selamat...ciroyom merupakan daerah yang terletak di pinggir kota Bandung dengan kepadatan penduduknya yang begitu ramai....HIDUP CIROYOM!!! tu la slogan yang selalu dilaungkan oleh ank2 jalanan ciroyom...mereka bangga dilahirkan dan tinggal di ciroyom..apa xnya...ciroyom adalah tempat bagi ramai anak2 jalanan menetap. Perjalanan perlu diteruskan...dr ciroyom kami perlu menaiki bas ke gunung Halu dan bakal menempuh perjalanan sepanjang 3 jam...tambangnya pula Rp15000. Keadaan dalam bas sungguh sempit, panas dan yang x tahannya asap rokok yang berkepul-kepul hinggap d muka kami....sepanjang perjalanan keadaan machet kerana penyokong2 fanatik sebuah pasukan bola sepak akan bertanding...YA ALLAH betapa keadaan dalam bas begitu menyeksakan..bayangkan bas yang sepatutnya memuatkan 18-20 orang telah dipenuhi dengan 30-40 orang penumpang...MASYAALLAH....

Akhirnya setelah 3 jam perjalanan aku dan kak bie telah sampai di terminal gunung halu...ternyata suasananya sunyi dan gelap gelita...yang ada hanya mat2 motor yang tugasnya mendapatkan penumpang untuk dihantar...kami trus d serbu sebaik sahaja kami turun dr bus...pd ms itu...aku memohon agar ALLAH melindungi kami semua...mereka bercakap dlm bhs sunda menyebabkan kami ternganga. Tapi berkat pertolongan ALAH akhirnya sahabat kami sampai untuk menjemput kami ke tempat tujuan...

bersambung....:)

0 comments: