Assalamualaikum....lamanye x jenguk blog....rindu sgt2....dh seminggu aku di kota PARIS VAN JAVA...seminggu yang paling mendebarkan...aku melalui proses orientasi...hari selasa aku lalui saat getir...1st time aku perlu pulang ke UPI dengan menaiki angkot secara bersendirian...dengan ragam orang yang bermacam-macam aku terpaksa sabar....seawal 6.30 pagi waktu bandung aku perlu bertolak dari asrama ke sekolah dengan menaiki angkot 3000rp nilainya sama dgn rm1 malaysia.
Banyak betul pengalaman yang aku terpaksa tempuhi di kota bandung ini. Semalam aku telah pergi ke sebuah daerah yang kecil, miskin malah persekitaran di kawasan tu sungguh menyayat hati. Aku telah mengikuti mahasiswi UPI yang menjadi sukarelawan mengajar anak-anak jalanan yang tidak mempunyai rumah dan ibu bapa...sedih sungguh. Aku bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang begitu selesa. Anak-anak jalanan ini semuanya menghisap gam...belanja sehari-harian mereka diperolehi dengan menjadi pemuzik jalanan di tengah2 kota raya Bandung...sungguh meruntun jiwa seorang manusia.
Aku begitu senang sekali berada di sekolah...guru-gurunya begitu mesra. Tapi samapi sahaja aku di sekolah pasti sahaja aku akan disoal dengan perkembangan manohara...eheheh. Pasti aja rakyat malaysia tahu pasal manohara kan???? hari ini aku kena siapkan draf RPH utk disemak oleh guru pembimbing aku esok...kalau sahabat2ku di malaysia praktikal 5 hari seminggu aku plak 6 hari seminggu. Aku akan dinilai sebanyak 16 kali....fuhhhhh. Di Malaysia hanya 3 kali je pensyarah akan nilai...betapa bezanya Sistem Pendidikan Malaysia dan Indonesia.
Apa2pun insyaALLAH akan aku ceritakan lagi pengalaman aku praktikal di negara seberang. ASSALAMUALAIKUM.

0 comments:
Post a Comment