
Ermmm....begitu cepat masa berlalu. Sudah 3 tahun aku menuntut ilmu di bumi UKM. Hanya tinggal setahun lagi aku akan menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai mahasiswi di bumi UKM. Rasa sedih sebab hanya tinggal beberapa hari lagi ramai sahabatku yang akan meninggalkan UKM kerana menamatkan sesi pengajian mereka setelah bergelut dengan pelbagai cabaran, tugasan dan peperiksaan selama 3 tahun. Masa terus meninggalkan kami dengan langkah baru yang akan bakal menjengah kehidupan setiap manusia. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis sebagai syarat dalam mendapatkan segulung ijazah. Masa pantas berlalu meninggalkan kami semua yang terkapai-kapai mencari cahaya hidup dan meninggalkan seribu kenangan. Begitu banyak kenangan manis, pahit dan lucu bersama sahabat-sahabatku. Tidak lupa kepada mantan roomateku yang merupakan sahabat pertamaku di bumi UKM. Banyak kenangan yang aku lalui bersama mantan roomateku. Harap-harap dia dapat turunkan berat badan selepas konvo...ehehehe (sorry intan :p . Bersama-sama dengan asma, mas, yatie, najwa, ecah, ad (semua nie sahabat blok K6D)...banyak sangat kenangan especially time jamuan blok....uhuhuh. Banyak sangat benda yang aku belajar dari sahabat-sahabatku bermula dari bahasa dialek mereka sehinggalah aku berjaya makan makanan tradisional mereka especially budu...siap pergi bercuti di negeri orang lagi. Kepada adeq dan zie yang menjadi best friend aku sejak tahun satu lagi...terlalu banyak kenangan kita bersama. Hanya setahun lagi kita bersama untuk menempuh semester 7 dan 8...CHAIYOK!!!.

0 comments:
Post a Comment